Life Purpose

Assalamualaikum wbt
Have you ever think what is the goal and your true purpose in life..Have you did something in purpose or you just do it for the sake of just do it ?

This morning I had come across Ustaz Nouman Ali Khan video and he described about the purpose of life.People working towards something ,for career,for relationship.Purpose is found when you willing to live to achieve something greater and find who create us and know what He want from us.Life will become so much easier when we become true servant for the One who made us.We dont live to please people we are in need to only please Him.

In life,so much things happen and sometimes its depressing.Life is indeed a test and in every way we shall return to Him.If you have ALLAH,you have everything you desire.If you dont have ALLAH nothing you desire would make you happy.


10 bulan di Turki

Assalamualaikum wbt .
Semoga semuanya sihat sejahtera.Saya telah balik bercuti di Malaysia pada 19 Julai 2017 yang lalu.Cepat sungguh masa berlalu,tak terasa pantasnya masa berlalu meninggalkan hari-hari yang berbaki.

Pengajian bahasa saya telahpun tamat di Turki.Alhamdulillah,syukur dan lega.Kehidupan selama menghabiskan persediaan kelas bahasa saya pastilah ada cabaran dan dugaannya.Yang paling terkesan adalah perubahan cuaca musim dingin yang sangat sejuk dan membuatkan mood bekerja saya tersangatlah rendah.Setiap masa hanya mahu duduk di bilik sahaja gara-gara sejuk yang mencucuk-cucuk tulang.Haha.

Dari segi pengurusan diri,kewangan dan cara untuk menyesuaikan diri semuanya sudah saya tempuhi.Kebiasaannya apa yang dilalui mengajar saya untuk berdikari.Sesekali hujung minggu saya dihabiskan dengan berjalan-jalan sekitar tempat saya belajar,makan-makan,berjumpa dengan junior dan rakan-rakan Malaysia saya yang juga belajar di sini.

Cuti kali ini saya berpeluang untuk balik ke tanah air bertemu keluarga.Bagasi saya hanya dipenuhi dengan cenderamata untuk ahli keluarga dan anak-anak saudara saya.Perjalanan selama berbelas jam dari Istanbul ke Kuala Lumpur ternyata meletihkan tetapi sebaik sahaja ketibaan saya disambut dengan keluarga saya semua keletihan itu hilang .Terubat rindu.

Cuti kali ini saya gunakan untuk bertemu dengan kawan-kawan universiti yang saya rapat.Mereka masih sama,membahagiakan .Bukannya apa,cuti sahajalah peluang yang ada yang perlu saya gunakan untuk bersama keluarga.Bila belajar di perantauan kita hanya balik setahun sekali.Jadi hargai masa sebaiknya.Sempat juga saya belajar beberapa resepi dengan ibu saya pada cuti kali ini.
Saya juga sempat berkunjung ke perpustakaan ISTAC yang dimiliki oleh UIAM .Lokasinya terletak di Jalan Duta dan menempatkan pelbagai jenis buku dan manuskrip kajian yang berkaitan dengan pelbagai jenis cabang ilmu.

Rancangan saya untuk bertemu dengan Kak Husna ,rakan sekerja saya ketika di Baseerah International School nampaknya seperti tidak dapat dijayakan kerana Kak Husna kini di negeri Kedah,mengikut suaminya yang bekerja di sana.Lain kali jika ada rezeki InsyaAllah.
Cuti ini juga saya habiskan dengan keluarga saya dan pulang ke kampung saya,bertemu pakcik dan makcik saudara saya di Perak.

Indahnya masa di Malaysia,terasa mahu berlama-lama tetapi apakan daya,perjalanan master saya di Turki perlu diteruskan .

Demi masa,sesungguhnya manusia dalam kerugian 
Kehidupan terbentuk melalui hal-hal kecil,Jika kamu suka hal-hal itu adalah besar

 

Kapadokya Disember 2016



Lost yourself in nature 
Bersama dengan pelancong lain

Perasan tak bukit di belakang saya tu batu bentuk unta
Saya dan Madam lagi

Merenung ke luar jendela

Teman travel saya Yasir dan Madam Kartini
Assalamualaikum wbt..
Semoga sihat semuanya,terus ceria dan bersemangat menjalani hidup ini

Dah lama juga biarkan blog ini tidak berupdate..
Baiklah ,Disember tahun lalu 2016 selepas ujian A1 saya sempat meluangkan masa ke Kapadokya.Dengan menaiki otobus (bus) dari stesen bas Otogar ke Nevsehir ,tempat di mana terletaknya Kapadokya.Perjalanan sekitar 4 jam dari Konya ke Kapadokya.Saya menikmati perjalanan dengan hidangan cay(teh ) panas dan beberapa snack yang diberi secara free oleh co-pilot bus.Satu perkara yang menarik perhatian saya di Turki adalah perkhidmatan bas ekspress nya yang boleh dikatakan selesa ,lengkap dengan skrin seperti di dalam penerbangan.Anda boleh memilih untuk mendengar lagu atau hanya menonton pilihan filem yang ada di paparan skrin kerusi penumpang .Dan lagi satu adalah anda akan dihidangkan dengan kahve(coffee) atau teh panas (cay) sepanjang perjalanan.Selesa dan nyaman :)

Setelah 4 jam perjalanan saya tiba di Kapadokya.Terus mencari hotel yang sudah sedia ditempah melalui internet oleh teman travel saya ,Madam Kartini dan Yasir.Setelah berjalan sekitar 10-15 minit kami sampai di The Cave Traveller Hotel.Setelah selesai urusan pendaftaran di lobi hotel,kami masuk ke bilik masing-masing untuk berehat.

Untuk urusan tempahan boleh dibuat melalui laman sesawang Booking.com.Keesokan harinya kami memilih pakej Red Tour yang telah disediakan oleh pihak hotel dengan bayaran 90-120 TL.Bagi saya amat berbaloi kerana lebih mudah untuk kami bergerak kerana dengan menaiki van yang disediakan kami dibawa melihat beberapa tempat pelancongan di sekitar Kapadokya.Antara tempat-tempat yang dilawati adalah Open Air Museum ,tempat untuk membuat porcelain seperti pasu,pinggan mangkuk,dan pada sebelah petangnya kami hiking di Red Rose Valley untuk melihat sunset.

Tempat yang paling saya suka adalah ketika perjalanan untuk melihat sunset kerana pada waktu itu kami perlu berjalan sekitar 30 minit untuk sampai ke atas bukit Rose Valley untuk menyaksikan terbenamnya matahari.Subhanallah,such an amazing experience and wonderful walking I have ever been :)



Saya bersama Madam Kartini



Keesokan harinya kami membeli souvenir di sekitar Kapadokya sebagai ingatan dan hadiah kepada teman-teman.
Tentang soal makanan tidak perlu risau kerana banyak restoran halal di sekitar kapadokya dengan harga yang berpatutan dan menarik.Cuma apa yang perlu diseiakan adalah kesihatan yang baik dan duit yang mencukupi.Tapi kami tidak naik pun belon udara panas tu sebab agak mahal.Dapat tengok pun bersyukur sangat dah :)
Lain kali saya nak datang lagi ,nak  naik belon udara panas dan mencuba ATV ride,InsyaALLAH :)


Saya habis sekitar 400 TL juga untuk trip kali ini.Mungkin dapat minimakan sekiranya kurangkan kos makan.Saya jenis cepat lapar dan suka makan dan suka beli barang .

Sekian berjumpa lagi di entri akan datang.

Kapadokya Aku Datang :)

Travel as it leaves you as storyteller and enrich your soul :)

Musim Dingin di Turki

Assalamualaikum wbt
Semoga semuanya sihat sejahtera :)

Buat seorang anak rantau yang pertama kali merasai pengalaman musim salji seperti saya,musim dingin merupakan antara waktu yang saya tunggu-tunggu dalam hidup :)
Pernah saya berangan sewaktu kecil dahulu saya ingin belajar di negara yang ada musim salji .
Alhamdulillah kali ini saya diberi peluang olehNya berada di bumi Turki .

Hari pertama salji turun adalah pada 14 Disember 2016.Pagi itu saya dan rakan bilik saya,Mickey sudah mahu bersiap-siap ke kelas.Tidak lama kemudian saya menerima mesej dari guru saya bahawa hari itu cuti.Hari pertama saya merasai salji sepanjang hidup saya.

Perasaan yang tidak dapat saya gambarkan.Maha Suci Allah ,salji yang memutih memenuhi kawasan sekitar asrama saya.Pagi itu saya mengambil peluang bermain salji di kawasan sekitar asrama saya.Berkeping-keping gambar saya ambil sebagai kenangan .

Indah,Syahdu.Sejuk.Beku
Tapi saya gembira.

Musim sejuk begini kulit akan jadi sangat kering.Jadi disyorkan untuk memakai krim bagi mengelakkan kekeringan melampau yang akan menyebabkan kegatalan pada
 kulit.Bibir juga akan jadi sangat kering .Penggunaan 'Vaseline' sangat membantu .

Sekian,nanti kalau saya rajin saya tulis lagi di post lain.
Wassalam

6.07 pm
10 Disember 2016
Turkiye

Di hadapan Pusat Bahasa Turki :)

Suara

Hidup agak resah sehari dua ini,mungkin kerana risaukan ujian yang bakal diduduki minggu hadapan
atau homesick atau terlalu craving makanan Malaysia..Hmm..

Dan pagi tadi seperti biasa aku akan menelefon ibuku di tanah air.Satu-satunya ibu yang aku punyai dalam hidup ini .

Suara itu yang seringkali melegakan hatiku
suara ibu yang sayup-sayup kedengaran di corong telefon
ada sedikit serak
sebak mungkin

hatiku pun jadi sebak jua
tidak dapat berjumpa seperti selalu
kini anakanda jauh di sini,mencari ilmu
buat bekalan agar menjadi insan yang bermanfaat

sekilas bertanya perihal kehidupan
ibu dah makan ke ?
ibu puasa sunat ke hari ini?
ibu sihat?
tangan ibu yang kasar kerana hidupnya sibuk melakukan kerja2 seharian sebagai seorang ibu dan pendidik kepada anak-anak
dan di akhir perbualan,ibu berpesan jaga diri baik2
jangan tinggal solat
jangan lupa mengaji,
buat solat tahajjud kalau boleh

hmm,part solat tahajud tu anakanda lemah sikit bu..
ibu,anakanda kini jauh
tidak dapat bertemu seperti selalu tetapi
anakanda memelukmu dengan kiriman doa
moga Allah jagakan selalu
moga Allah lindungi selalu

gerimis salju di luar sana
sama gerimisnya dengan hati anakanda di sini
rindu
anakanda peluk dirimu ibu dalam doa


Syukur

Syukur

mudah ditutur,mudah berkata
tetapi tidak semua mampu merasa

Nikmat yang mencurah dikatanya tiada apa
nikmat kesihatan selagi tidak sakit tidak dirasa
nikmat penglihatan selagi tidak kabur buat biasa-biasa sahaja
nikmat berkeluarga
nikmat udara
nikmat mendengar,nikmat suara..

Dan senarai nikmat ini tidak akan pernah habis
.
.
.
Bila kau gembira
mudah sekali kau lupa
Bila kau derita baru kau tertanya mengapa
sedangkan yang sebelum ini kau buat acuh tak acuh sahaja

Manusia
Dan nikmat Tuhan Mu yang manakah yang kamu dustakan ?


Puisi Air Mata

Dan buat kesekian kalinya
air mata yang ditahan itu jatuh lagi
kali ini empangannya sudah terlalu sarat
sudah terlalu berat
akhirnya pecah jua
mengalir laju deras panas

mungkin air mata itu
hasil kekuatan yang selama ini disimpan
digenggam erat
tapi kali ini sudah terlalu berat
untuk disimpan

mungkin sesekali air mata itu perlu
untuk membasuh luka-luka lama
perlu untuk mengenal kembali erti
hakikat diri sebagai seorang hamba
hamba DIA

biarkan ia mengalir
semoga sesudahnya terbit kekuatan baru
jangan ditahan-tahan alirannya ia

biarkan
mengalir menjadi sungai tak bertepi
dan akhir sekali pabila kau sudah lega
bisik dan pesan pada hati
kuatlah demi TuhanMu

kau tidak sendiri

22 November 2016
Turki